Penghasilan minyak kelapa dara di tapak ujilari (testbed) pemprosesan minyak kelapa dara (VCO) MARDI Bagan Datuk, Perak

Category: Bil. 31

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Yahya Sahari, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Saiful Azwan Azizan dan Mohamad Khalil Bin Wahab

Ringkasan
Pemprosesan minyak kelapa dara (VCO) melalui penggunaan mesin dan fasiliti yang ada di tapak ujilari Testbed MARDI Bagan Datuk, Perak telah dilaksanakan dengan menggunakan 40 kg isi kelapa mentah yang disediakan oleh pembekal. Peringkat pemprosesan meliputi proses pencucian, pengisaran, pengeringan yang dijalankan secara dua peringkat dan juga proses pemerahan minyak. Keputusan menunjukkan product recovery untuk VCO yang dihasilkan ialah 33.07% dengan masa keseluruhan operasi selama 6.1 jam. Ini menyumbang kepada kadar operasi per kelompok bagi satu pemprosesan VCO ialah 6.56 kg/jam. Kapasiti kerja penghasilan VCO boleh dipertingkatkan lagi melalui penggunaan peralatan dan mesin berkapasiti lebih besar dengan fungsi automatik bagi mengurangkan pengendalian secara manual yang melibatkan tenaga manusia. Sesungguhnya pembangunan testbed pemprosesan VCO MARDI ini telah menyediakan satu platform yang baik dan dapat membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menjalankan aktiviti dan terlibat secara langsung dalam penghasilan produk VCO.

Teks penuh (1.89MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.