Teknik analisis asid fenolik daripada sayur-sayuran

Category: Bil. 31

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Nur Syafini Ghazali dan Joanna Cho Lee Ying

Ringkasan
Asid fenolik merupakan sebatian kimia berfungsi yang mampu meningkat pertahanan tubuh manusia dan telah dikenal pasti di dalam sayur-sayuran. Asid galik dan asid protokatekuik merupakan dua jenis asid fenolik yang telah dilaporkan secara meluas wujud di dalam sayur-sayuran. Dalam teknik analisis yang dibangunkan terdapat empat proses utama iaitu penyediaan dan pengekstrakan sampel, penyediaan sampel analisis, penyediaan larutan piawai dan penentuan sebatian asid fenolik. Proses penyediaan sampel melibatkan pemotongan dan pengisaran sayuran bagi tujuan meningkatkan luas permukaan. Setelah itu sampel akan melalui proses rendaman selama 24 jam kedalam pelarut metanol bagi tujuan pengekstrakan sebatian asid fenolik. Ia kemudian ditapis menggunakan kertas turas Whatman no. 1 bagi mendapatkan ekstrak dalam bentuk larutan. Ekstrak ini ditapis sekali lagi menggunakan penapis picagari PTFE (Polytetrafluoroethylene) bersaiz 0.45 ?m bagi memisahkan partikal halus yang tidak larut. Sebatian kimia asid galik dan asid protokatekuik piawai dilarutkan ke dalam pelarut metanol dan dicairkan sebanyak lima kali melalui pencairan bersiri. Ekstrak yang telah ditapis dan larutan piawai disuntik ke dalam sistem HPLC secara berasingan. Keluasan isyarat setiap puncak bagi ekstrak dan larutan piawai yang diperoleh pada kromatogram dibandingkan bagi mendapatkan nilai kandungan asid fenolik terpilih dalam sampel. Teknik yang dibangunkan ini berguna bagi tujuan penyaringan dan penentuan kandungan asid fenolik daripada sayur-sayuran.

Teks penuh (1.12MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.