Potensi Agrozide™ bagi mengawal pertumbuhan Aspergillus flavus pada jagung bijian simpanan

Category: Bil.32

Noor Azlina Masdor, Siti Nadzirah Padrilah, Rashid Mat Rani, Muhamad Shafiq Abd Karim, Muhammad Zaidi Abu Bakar, Ahmad Syazwan Ismail, Yahya Sahari dan Sharifah Hafiza Mohd Ramli

Ringkasan
Jagung bijirin (Zea mays L.) telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai makanan utama yang membekalkan tenaga dalam diet ternakan yang menepati keperluan. Bagi mengekalkan kualiti dan keselamatan jagung bijian, pengurusan lepas tuai terutamanya proses pengeringan memainkan peranan yang sangat penting. Sebelum disimpan, jagung bijirin perlu dikeringkan pada suhu 60 – 80 ºC sehingga mencapai kandungan kelembapan kurang daripada 15%. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kondisi, meskipun jagung bijian telah dikeringkan, namun pendedahan kepada persekitaran yang lembap semasa penyimpanan boleh menyebabkan penyerapan air berlaku dan seterusnya menggalakkan kepada pertumbuhan fungus terutamanya Aspergillus flavus yang merupakan fungus berbahaya yang banyak dijumpai di dalam jagung bijirin. Agrozide™, merupakan nanofungisid baharu yang terdiri daripada ekstrak tumbuhan yang berupaya untuk mengawal pertumbuhan A. flavus dalam jagung bijian simpanan dan boleh dijadikan alternatif kepada fungisid berasaskan bahan kimia yang ada di pasaran. Dengan penggunaan Agrozide™, dijangkakan kerugian akibat pencemaran A. flavus di dalam jagung bijian simpanan dapat dikurangkan.

Teks penuh (1.71MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.