Teknik analisis gas rumah kaca daripada aktiviti pertanian

Category: Bil. 34

Norfarhah Abdul Razak, Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Fazlyzan Abdullah, Muhamad Alif Sulaiman dan Liza Nuriati Lim Kim Choo

Ringkasan
Gas rumah kaca boleh terhasil daripada aktiviti pertanian yang aktif terutamanya yang melibatkan skala besar. Ini berpunca daripada pemberian nutrien dalam bentuk baja bagi tujuan peningkatan tumbesaran dan peningkatan hasil. Proses penguraian nutrien ini oleh mikroorganisma membebaskan gas rumah kaca seperti gas metana dan karbon dioksida. Pembebasan gas rumah kaca ini secara berlebihan akan mewujudkan ketidakseimbangan kepada persekitaran terutamanya yang melibatkan suhu. Ini akhirnya akan menyebabkan peningkatan suhu global dan menjejaskan hidupan. Oleh yang demikian teknik analisis bagi pengukuran pembebasan gas rumah kaca yang tepat perlu dibangunkan. Dalam kajian ini, satu teknik analisis berkaitan telah berjaya dihasilkan. Teknik ini melibatkan tiga proses utama iaitu penyediaan plot di lapangan, pensampelan dan pengesanan gas menggunakan kromatografi gas. Kajian yang berterusan membolehkan data yang kolektif untuk menangani permasalahan pembebasan gas rumah kaca yang berlebihan daripada sektor pertanian.

Teks penuh (1.43MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.