Sistem Narrow Band Internet of Things (NBIoT) untuk tanaman anggur di bawah struktur lindungan hujan

Category: Bil. 35

Khairul Anuar Shafie, Ahmad Safuan Bujang, Mohamed Hafeifi Basir, Norhasmira Mahadzir, Lela Rohana Jamaludin, Muhammad Syukri Hassan, Muhamad Syahiran Afieff Azman dan Shankar Gopaldas

Ringkasan
System Narrow Band Internet of Things (NB-IoT) telah dibangunkan di Taman Agro-Teknologi MARDI Langkawi dengan tujuan untuk menguji keupayaan sistem NB-IoT dalam aplikasi pertanian pintar. Sistem NB-IoT telah dipasang di bawah struktur lindungan hujan tanaman anggur bagi memantau parameter persekitaran, pengairan dan kelembapan medium (tanah). Bagi pengujian sistem NB-IoT ini, parameter kelembapan medium (tanah) menjadi fokus utama kajian kerana sistem pengairan sedia ada menggunakan kaedah manual dan komposisi medium bagi setiap kotak tanaman dapat dikenal pasti dengan melaksanakan cerapan data kelembapan medium (tanah) bagi setiap kotak tanaman anggur. Berdasarkan hasilan data yang diperoleh, setiap kotak tanaman mempunyai kelembapan medium (tanah) yang berbeza. Bagi pengujian fungsi sistem NB-IoT, terdapat faktor di luar kawalan yang menyebabkan sistem NB-IoT mengalami sistem offline antara bulan April 2020 hingga Januari 2021 yang disebabkan oleh kerosakan penderia, kerosakan bumbung plastik struktur lindungan hujan dan masalah connectivity di Taman Agro-Teknologi MARDI Langkawi. Sistem NB-IoT kembali berfungsi selepas kerja pembaikan dilakukan dan cerapan data dapat dilaksanakan dengan baik.

Teks penuh(2.91MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.