Kajian fizikal buah nanas untuk pembangunan mesin penuai nanas

Category: Bil. 35

Mohd Taufik Ahmad, Bunyamin Abu Kassim, Mohamad Saiful Nizam Azmi, Ramlan Ismail, Muhammad Hariz Musa, Rohazrin Abd Rani, Adli Fikri Ahmad Sayuti, Siti Noor Aliah Baharom dan Badril Hisham Abu Bakar

Ringkasan
Kajian fizikal buah nanas adalah amat penting untuk membangunkan mesin penuaian nanas. Parameter penting buah nanas iaitu berat, panjang, diameter maksimum, ukur lilit maksimum, panjang tangkai, diameter tangkai dan panjang mahkota telah diambil dan direkodkan daripada buah matang yang baru dituai di kawasan tanah gambut, di MARDI Pontian. Daya yang diperlukan untuk menolak buah nanas sehingga terpisah daripada tangkai juga diambil menggunakan tolok daya digital. Data kajian yang diambil menunjukkan purata berat buah nanas gred kecil ialah 0.89 ± 0.13 kg, gred sederhana ialah 1.34 ± 0.11 kg dan gred besar ialah 1.91 ± 0.31 kg. Purata panjang buah nanas pula ialah 14.13 ± 2.05 cm bagi gred kecil, 16.59 ± 2.00 cm bagi gred sederhana dan 19.84 ± 3.43 cm bagi gred besar. Purata diameter maksimum bagi buah nanas bergred kecil ialah 10.06 ± 0.91 cm, gred sederhana ialah 11.07 ± 1.36 cm dan gred besar ialah 12.63 ± 0.89 cm. Purata ukur lilit maksimum buah nanas gred kecil ialah 31.6 ± 2.85 cm, gred sederhana ialah 34.78 ± 4.29 cm dan gred besar ialah 39.68 ± 2.78 cm. Purata panjang dan diameter tangkai pula masing-masing ialah 12.42 ± 0.91 cm dan 7.53 ± 0.92 cm bagi gred kecil, 13.46 ± 1.36 cm dan 9.15 ± 0.85 cm bagi gred sederhana, dan 12.12 ± 0.89 cm dan 10.32 ± 1.06 cm bagi gred besar. Purata panjang mahkota bagi buah nanas gred kecil ialah 19.5 ± 3.76 cm, gred sederhana ialah 21.73 ± 3.2 cm dan gred besar ialah 23.34 ± 5.02 cm. Purata daya tolak yang diperlukan untuk mematahkan buah nanas daripada tangkainya ialah 45.38 ± 14.59 N bagi gred kecil, 55.46 ± 16.06 N bagi gred sederhana dan 69.17 ± 19.09 N bagi gred besar.

Teks penuh(229KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.