Penghasilan minuman pracampuran konvenien daripada ubi keledek ungu (Anggun) menggunakan kaedah pengeringan dram

Category: Bil. 35

Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Mohd Effendi Mohamed Nor, Noor Zainah Adzaly, Rawaida Rusli, Syahida Maarof, Faridah Hussin, Madzlan Kasran, Norhida Arnieza Muhsin dan Mohd Fakhri Hashim

Ringkasan
Pada masa kini, trend pengambilan makanan atau minuman dalam kalangan pengguna telah berubah di mana produk yang cepat dan mudah disediakan semakin mendapat sambutan yang baik. Pengguna hari ini juga semakin menyedari betapa pentingnya nutrisi seimbang untuk tubuh termasuk keperluan vitamin, mineral, protein dan sebagainya. Senario ini telah meningkatkan permintaan pasaran global untuk minuman serbuk pracampuran yang kaya dengan nutrisi sebagai keperluan diet harian. Untuk mempelbagaikan dan mempertingkatkan lagi nilai penggunaan sumber pertanian tempatan di Malaysia, minuman pracampuran konvenien daripada campuran sumber pertanian tempatan seperti ubi keledek Anggun, mangga, pisang dan sumber kekacang (soya) telah dibangunkan. Kaedah pengeringan secara dram merupakan salah satu kaedah pemprosesan yang boleh digunakan untuk menghasilkan serbuk minuman. Penggunaan sumber tempatan yang kaya dengan pelbagai nutrien dalam minuman pracampuranini dapat mengoptimumkan kandungan bahan dalam minuman.

Teks penuh(830KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.