Penanaman ubi keledek secara fertigasi

Category: Bil. 35

Yaseer Suhaimi Mohd, Izyani Raship, Noor Ismawaty Nordin, Rawaida Rusli, Nur Khairani Abu Bakar, Razean Haireen Mohd Razali, Tang Swee Bee, Siti Nurzahidah Zainal Abidin, Muhammad Faidhi Tawhid, Zakry Al-Asyraf Abdul Latif, Fatin Nurliyana Ahmad, Noor Safura Samsudin, Hanim Ahmad dan Mazidah Mat

Ringkasan
Ipomoea batatas atau keledek ialah tumbuhan yang mempunyai nilai nutrisi dan komersial yang tinggi. Penanaman keledek secara konvensional memberikan hasil ubi yang rendah dan masih bergantung kepada import bagi memenuhi permintaan di dalam negara. Justeru, pakej teknologi penanaman keledek secara fertigasi dibangunkan sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan hasil tanaman. Penanaman keledek secara fertigasi menggunakan 100% habuk sabut kelapa dan formulasi baja fertigasi untuk keledek. Penggunaan kaedah ini juga dapat meningkatkan tumbesaran pokok dan hasil ubi keledek (2.6 kg/pokok secara fertigasi) sehingga tiga kali berbanding dengan kaedah penanaman konvensional tanah (850 g/ pokok). Penanaman keledek secara fertigasi boleh menjadi pilihan alternatif kepada pengusaha kerana ia menguntungkan dan mempunyai daya maju ekonomi.

Teks penuh(1.03MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.