Mesin pembentuk doh roti keramat

Category: Bil. 35

Saiful Azwan Azizan, Norzalila Kasron, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Amir Redzuan Shamsulkamal, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Muhammad Aliq Jamaluddin, Sha’fie Alwi, Mohd Azmirredzuan Sani dan Faewati Abdul Karim

Ringkasan
Roti keramat merupakan snek tradisional yang berasal dari negeri Terengganu. Snek ini seringkali dihidangkan ketika minum petang serta diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasaran. Dalam penghasilan roti keramat secara kaedah konvensional, usahawan biasanya menggunakan ramai tenaga pekerja mahir untuk pengeluaran yang berskala besar. Terdapat banyak kekurangan apabila menggunakan kaedah konvensional ini seperti kos pengeluaran yang tinggi, perlu mengupah pekerja yang ramai dan memenatkan jika dilakukan dalam tempoh waktu yang panjang. Bagi membantu usahawan meningkatkan pengeluaran roti keramat, MARDI telah membangunkan mesin pembentuk doh roti keramat. Mesin ini bukan sahaja dapat meningkatkan kadar pengeluaran roti keramat, malah mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja mahir serta dapat menghasilkan roti keramat dengan kualiti konsisten dari segi saiz dan bentuk.

Teks penuh (1.03MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.