Peranan morfologi dan biologi bunga dalam teknologi pembaikbakaan nangka

Category: Bil. 35

Noor Baiti Abdul Aziz, Abd. Rahman Milan, Maimun Tahir, Nor Hazlina Mat Sa’at, Azlan Azizi Mohd Nor dan Mohamad Zaki Razali

Ringkasan
Nangka merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia yang berpotensi untuk tujuan komersial. Pada masa kini, serangan penyakit ke atas varieti nangka sedia ada telah menyebabkan pengurangan hasil selain mengehadkan pengembangan kawasan tanaman. Kejadian ini memberi kesan kepada petani kerana mereka mengalami kerugian. Pembangunan klon baharu nangka yang rintang penyakit dan berkualiti boleh dihasilkan melalui kaedah penghibridan. Bagaimanapun pengetahuan asas tentang sistem pembiakan seperti morfologi bunga, biologi bunga dan faktor lain sistem pembiakan tanaman adalah pra syarat untuk memulakan program pembaikbakaan. Semua maklumat penting ini ada diterangkan dan dibincangkan dalam artikel ini yang menyumbang kepada pembangunan protokol penghibridan nangka.

Teks penuh (1.04MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.