Pembangunan tapai probiotik: Inovasi produk makanan difermentasi baharu

Category: Bil. 35

Hazniza Adnan, Nur Baizura Sa’dom, Arif Zaidi Jusoh, Hadijah Hassan, Aishah Mohd. Ramli, Munirah Abdul Zaman, Yangmurni Zamani, Fadhilah Shafie, Aliaa Anzian dan Anis Shobirin Meor Hussin

Ringkasan

Pengkayaan produk daripada fermentasi beras pulut seperti tapai probiotik merupakan inovasi baharu dalam makanan difermentasi yang berpotensi diketengahkan dalam sektor makanan. Kesedaran dalam penjagaan kesihatan telah meningkat disebabkan oleh sambutan terhadap produk makanan bernutrisi yang baik untuk kesihatan. Peningkatan kesedaran yang ketara masa ini antara penyumbang kepada peningkatan penjanaan produk makanan berfungsi bernilai tinggi. Nutrisi yang dibekalkan oleh produk tapai probiotik berupaya memberi manfaat kepada kesihatan dan aktiviti kultur hidup di dalam produk penting untuk penjagaan sistem ketahanan badan. Produk ini juga berupaya membekalkan manfaat kesihatan menyamai manfaat yang dibekalkan oleh produk probiotik daripada hasilan tenusu seperti yogurt. Secara optimisnya, pembangunan tapai probiotik ini berkemampuan menjana ekonomi sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia yang merupakan alternatif kepada produk probiotik bukan berasaskan susu. Hasil penyelidikan ini mampu mengetengahkan inovasi makanan difermentasi tradisional kepada produk baharu yang lebih bernutrisi dan mempunyai daya saing untuk dipasarkan pada masa hadapan sebagai produk makanan berfungsi.

Teks penuh (617KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.