Simulasi penghantaran dan pengendalian terhadap kualiti mikrobiologi keropok lekor dengan pembungkusan vakum

Category: Bil. 35

Raja Arief Deli Raja Nasharuddin, Nur Baizura Sa’dom dan Mohd Romainor Manshor

Ringkasan
Trend peningkatan pembelian dalam talian produk agromakanan pasca COVID-19 turut melihat peningkatan pengusaha industri berasaskan perikanan negara. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi membuat penilaian kesan simulasi penghantaran dan pengendalian terhadap kualiti mikrobiologi keropok lekor dalam pembungkusan vakum. Berdasarkan parameter analisis serta mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturanperaturan Makanan 1985, Undang-undang Malaysia serta Piawaian Makanan Australia New Zealand, didapati keropok lekor dengan pembungkusan vakum adalah selamat untuk dimakan pada suhu sejuk dingin (0 oC) sepanjang penghantaran dan pengendalian selama 24 jam. Penggunaan gel penyejuk berbungkus (KL-GI) juga menunjukkan bacaan mikrobiologi yang lebih baik, berbanding dengan penggunaan ais hancur (KL-CA). Kajian ini menekankan kepentingan validasi keselamatan mikrobiologi terkait keperluan bagi penyelidikan lanjutan untuk menyokong pematuhan standard kebangsaan dan antarabangsa.

Teks penuh (1.51MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.