Teknik pengekstrakan antioksidan daripada kulit limau purut

Category: Bil. 35

Suhaila Fouzi

Ringkasan
Produk sitrus biasanya digunakan dalam makanan dan minuman yang mempunyai nilai perubatan. Beberapa manfaat kesihatan buah sitrus adalah untuk mengelakkan obesiti, mengurangkan risiko mendapat strok dan boleh menurunkan tahap tekanan. Limau purut (Citrus hystrix) adalah antara tumbuhan sitrus yang masih belum digunakan sepenuhnya kerana hanya daun atau jus sahaja yang biasa digunakan sebagai bahan makanan danĀ  minuman. Limau purut tidak boleh dimakan sama ada sudah masak atau masih muda, tetapi buah limau purut mempunyai kegunaan yang meluas sebagai bahan masakan terutamanya di Malaysia dan Thailand. Citrus hystrix mengandungi banyak sebatian bioaktif seperti linalool, geraniol, sitronellol,limonen dan eugenol. Sebatian polifenol yang mengandungi banyak sebatian aktif menunjukkan beberapa sifat fisiologi seperti antiradang, antimikrob, kardioprotektif, antidiabetes, antiadipogeneses dan neuroprotektif. Penentuan asid galik di dalam kulit limau purut yang telah dijalankan menggunakan HPLC fasa terbalik mendapati kepekatan asid galik adalah sebanyak 3.295 mg bagi setiap 1 g kulit limau purut yang telah dikeringkan. Kaedah spektroskopi UV-Vis yang digunakan untuk menentukan jumlah kepekatan asid askorbik di dalam kulit limau purut mendapati jumlah asid askorbik tertinggi adalah sebanyak 0.8371 mg bagi setiap 1 g kulit limau purut yang telah dikeringkan.

Teks penuh (451KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.