Teknik pembajaan dengan selenium bagi meningkatkan nutrisi bayam

Category: Bil. 35

Dayang Safinah Nayan, Rozlaily Zainol, Che Fauziah Ishak, Arina Shairah Abdul Shukor dan Martini Mohammad Yusoff

Ringkasan
Sayuran mempunyai kandungan selenium (Se) yang rendah disebabkan oleh kekurangan kepekatan Se dalam tanah ataupun keadaan yang mengurangkan ketersediaan nutrien tersebut untuk pengambilan tanaman. Perkara ini dapat diatasi melalui kaedah pembajaan pada tanaman dan kaedah ini dikenali sebagai biofortifikasi agronomik (agronomic biofortification). Bayam (Amaranthus spp.) dikenal pasti sebagai akumulator Se yang menjadikannya calon yang sangat baik untuk dibangunkan sebagai makanan berfungsi. Aplikasi Se dalam bentuk larutan Se yang bersamaan dengan 120 g/ha Se pada hari ke-14 selepas penanaman dikenal pasti sebagai strategi yang berkesan untuk menghasilkan bayam diperkaya Se. Kandungan Se didapati telah meningkat sehingga ? 20 ?g/10 pokok pada bahagian daun dan ? 5 ?g/10 pokok di bahagian batang berbanding dengan bayam yang ditanam secara konvensional yang hanya mengandungi Se ? 3 ?g/10 pokok dan ? 1 ?g/10 pokok, masing-masing pada bahagian daun dan batang. Peningkatan hasil sebanyak 12% juga turut diperhatikan bermula musim kedua penanaman. Sayuran diperkaya nutrien bermanfaat seperti Se dijangka mendatangkan keuntungan kepada sektor pertanian yang semakin produktif dan berdaya saing. Seiring dengan peningkatan kesedaran pengguna terhadap kepentingan Se, pasaran sayuran biofortifikasi ini berpotensi untuk dikembangkan kepada skala yang lebih besar.

Teks penuh (1.51MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.