Kajian pengelasan mekanisasi bagi penanaman padi di Batang Lupar

Category: Bil. 38

Mohd Shahril Shah Mohamad Ghazali, Peter Laga Lium, Mohd Khusairy Khadzir, Chan Chee Sheng, Mohamed Fauzi Md. Isa, Mohamad Haniff Ahmad, Mohamad Fakhrul Zaman Omar, Rosnani Harun, Ayob Hamid, Eddy Herman Sharu, Chong Tet Vun, Mohd Fitri Masarudin, Mazidah Mat, Wahid Said, Rosniyana Ahmad, Azmi Man

Ringkasan
Penanaman padi secara tradisional di Sarawak dilakukan secara konvensional. Penekanan terhadap adaptasi teknologi mekanisasi pertanian mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam penanaman padi secara pertanian moden. Pemilihan jentera dan peralatan pertanian moden yang bersesuaian dengan keadaan tanah pertanian yang akan digunakan merupakan salah satu faktor keberkesanan adaptasi teknologi mekanisasi pertanian. Kekuatan lapisan keras tanah yang berbeza memerlukan kategori jentera yang berbeza untuk digunakan di sawah. Analisa kajian mendapati bahawa 94% kawasan kajian mempunyai nilai bacaan purata keupayaan galas tanah kurang 0.30 MPa. Justeru, penggunaan jentera kelas II dan Kelas III telah dicadangkan kerana ia mempunyai kebolehkerjaan yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan keupayaan galas tanah kawasan tersebut.

Teks penuh(2.33MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.