Mekanisasi pengurusan jalaran daun bagi meningkatkan kecekapan operasi penuaian ubi keledek di tanah BRIS

Category: Bil. 38

Wan Mohd Aznan Wan Ahamad, Anuar Abdullah, Nurul Afza Karim, Mohd Nur Hafiz Mat Azmin, Khairul Idzwan Ayub dan Mohd Fadly Abdull Rasid

Ringkasan
Pemodenan operasi ladang bagi pengeluaran hasil tanaman berupaya menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian negara. Aplikasi teknologi mekanisasi ladang dalam penanaman ubi keledek dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi terutamanya aktiviti penuaian hasil. Operasi penuaian ubi keledek secara manual sangat merumitkan dan memakan masa yang lama. Ubi keledek yang matang perlu dituai segera bagi mengurangkan risiko daripada serangan serangga perosak, sekali gus dapat memastikan kualiti ubi terjamin. Oleh yang demikian, penggunaan mesin dalam operasi penuaian merupakan penyelesaian kepada permasalahan ini. Operasi penuaian ubi keledek dimulakan dengan membuang jalaran daun bagi memastikan operasi penuaian secara mekanisasi dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Penggunaan implemen Cantastek berupaya membuang jalaran daun ubi keledek secara menyeluruh pada kadar purata 5 jam sehektar. Penuaian hasil secara mekanisasi pada batas yang telah dibuang jalaran daun ini telah menyumbang kepada kadar kerosakan hasil yang rendah iaitu sekitar 4% dan juga meningkatkan kecekapan mesin menuai sehingga 89%. Berdasarkan kepada hasil penilaian ini, penggunaan implemen Cantastek berupaya meningkatkan kecekapan operasi mesin menuai berbanding dengan dua kaedah lain untuk membuang jalaran daun ubi keledek iaitu menggunakan mesin rumput jenis sandang dan mesin rumput sangkutan traktor. Penggunaan implemen Cantastek dan mesin menuai berupaya mengembangkan aktiviti penanaman ubi keledek dan seterusnya meningkatkan pengeluarannya dalam negara melalui pengurangan kadar kerosakan hasil dan peluasan kawasan bertanam.

Teks penuh(2.02MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.