Pembangunan sistem aeroponik dengan sistem pengairan sejuk boleh alih
Siti Hawa Ahmad Ramli, Muhd Akhtar Mohamad Tahir, Muhammad Shukri Hassan dan Muhammad Syahiran Afieff Azman
Ringkasan
Sistem penanaman secara aeroponik dibangunkan sebagai salah satu kaedah alternatif dalam pertanian bandar. Teknologi aeroponik ini merangkumi struktur penanaman, sistem pengairan serta sistem kawalan dan pemantauan dalam menyediakan keadaan optimum bagi pertumbuhan akar tanaman yang sihat melalui kaedah penanaman tanpa penggunaan tanah. Pengujian sistem aeroponik bagi mendapatkan spesifikasi optimum yang dijalankan mendapati julat suhu (10 – 28 °C) dan kelembapan relatif (99%) sasaran bagi ruang pertumbuhan akar dapat dicapai dengan tetapan suhu mesin penyejuk air pada 20 °C dengan kekerapan penyemburan setiap 10 minit selama 30 saat. Kesesuaian jenis tanaman menggunakan sistem aeroponik berdasarkan kajian tetapan yang telah dijalankan boleh dilaksanakan.