Mesin penanaman berbaris autonomi: Masa depan aplikasi teknologi moden dalam pengeluaran padi di Malaysia
Mohd Khusairy Khadzir, Mohd Taufik Ahamd, Eddy Herman Sharu, Mohd Shahril Shah Mohd Ghazali, Azlan Othman, Saifulizan Mat Nor, Muhammad Azamuddin Arshad, Ku Muhammad Zahir Ku Mudzir, Yuhanawati Mat Yunus, Nuraini Ahmad Ariff Shah, Wan Mohd Syafiq Wan Harun dan Norhafizi Manor
Ringkasan
Autonomomous Rice-Row Seeder adalah mesin inovatif yang mampu melakukan penaburan benih berbaris secara autonomi tanpa memerlukan pemandu. Teknologi ini, dikenali sebagai penabur benih berbaris tanpa pemandu yang merupakan langkah signifikan dalam mengembangkan pertanian pintar. Kajian yang dilakukan bertujuan untuk mengintegrasikan operasi penaburan benih dengan pembajaan serentak menggunakan baja pelepasan perlahan melalui sistem pengendalian autonomi. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan kaedah operasi penaburan benih dan pembajaan dengan lebih tepat dan efisien melalui penerapan teknologi autonomi. Jentera autonomi ini diuji bagi penyesuaian proses penaburan benih berbaris, meningkatkan ketepatan dan kecekapan. Selain itu, kajian ini ditambah baik dengan penggunaan baja pelepasan perlahan untuk menyediakan nutrien secara berperingkat kepada tanaman. Dengan adaptasi teknologi ini, peningkatan hasil dapat ditingkatkan dengan cara yang lebih efisien, pengurangan kebergantungan pada tenaga manusia dan meningkatkan pertumbuhan tanaman dengan lebih optimal. Autonomous Rice-Row Seeder membuka potensi untuk revolusi dalam praktik pertanian, membawa keuntungan bagi petani melalui peningkatan produktiviti dan efisiensi dalam penanaman benih berbaris.