Sistem kejuruteraan pertanian moden bersepadu untuk pengendalian lepas tuai dan pemprosesan biji benih padi

Category: Bil. 40

Masniza Sairi, Afiqah Aina Rahim, Asnawi Shahar, Mohamad Jani Saad, Saiful Azwan Azizan, Ishak Hashim, Hairazi Rahim, Azzami Adam Muhammad Mujab, Mohd Hafiz Mohd Yusoff, Nuraini Ahmad Ariff Shah, Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Badaruzzaman Mohamad Noh, Zainun Mohd Shafie, Hasmin Hakim Hasbullah, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Mohd Shahrir Azizan dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Artikel ini membincangkan pembangunan dan penilaian prestasi Sistem Kejuruteraan Lepas Tuai dan Pemprosesan Benih Padi yang merangkumi pengering kebuk condong berskala kecil, pengisih warna optik, bilik simpanan sejuk dengan sistem IoT dan sistem pensijilan kualiti benih padi berasaskan kod QR oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, MARDI. Sistem ini diguna pakai di Loji Pemprosesan Benih Padi Asas Negara, MARDI Parit, Perak. Pengering kebuk condong berskala kecil menunjukkan prestasi pengeringan yang baik di mana benih padi dikeringkan dalam masa 11.3 jam pada suhu 42 – 45 °C (anggaran kandungan lembapan (m.c.) akhir 12.2%). Pemasangan pengisih warna optik dalam sistem pemprosesan benih padi sedia ada meningkatkan keupayaan untuk menyaring dan mengasingkan kekotoran, seterusnya menghasilkan benih padi yang berkualiti. Sementara itu, bilik simpanan sejuk dengan sistem IoT membolehkan pemantauan masa nyata suhu dan kelembapan relatif. Penggunaan bilik sejuk dalam penyimpanan benih padi menunjukkan percambahan yang lebih tinggi dan kehadiran serangga perosak yang lebih rendah berbanding dengan penyimpanan di bilik ambien. Sistem pensijilan kualiti benih padi berasaskan kod QR membolehkan pengesahan sijil secara in situ. Sistem yang dibangunkan ini menunjukkan potensi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti benih padi asas di MARDI Parit.

Teks penuh(1.09MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.