Kaedah analitikal bagi penentuan kandungan sebatian terbitan quercetin dalam ekstrak kesum

Category: Bil. 40

Mirfat Ahmad Hasan Salahuddin, Rosalizan Md Saleh, Razali Mirad, Mohd Effendi Mohamed Nor, Norma Hussin, Muhammad Faris Mohd Radzi, Zulkefli Abd Rahman, Muhammad Faidhi Towhid dan Saidatul Aqilah Mohamad Yusof

Ringkasan
Kesum (Persicaria minor (Huds.) Opiz syn. Polygonum minus) ialah herba renek beraroma daripada famili Polygonaceae yang berasal dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Daun kesum mempunyai banyak kegunaan tradisional, tetapi lebih popular digunakan sebagai ulam, agen perisa dan aditif makanan kerana aromanya yang unik dan tersendiri. Walau bagaimanapun, kesum bukan sahaja memberikan aroma dan rasa kepada makanan, tetapi juga menyumbang kepada manfaat kesihatan yang penting disebabkan oleh kandungan fitokimianya. Selain sebatian aromatik yang meruap, fenolik dan flavonoid telah dilaporkan secara meluas yang bertanggungjawab untuk pelbagai aktiviti farmakologi kesum. Penemuan kami sebelum ini menunjukkan bahawa quercetin-3-O-glucuronide (Q3G) dan quercitrin adalah antara flavonoid yang paling banyak ditemui dalam kesum. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan sebatian terbitan quercetin ekstrak kesum yang diperoleh daripada teknik pengeringan yang berbeza. Kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) adalah kaedah analitikal yang digunakan untuk penentuan sebatian ini. Maklumat yang diperoleh adalah penting
untuk menyediakan garis panduan penggunaan selanjutnya kesum dalam pembangunan pelbagai produk berfungsi pada masa hadapan, berdasarkan sebatian fitokimianya dan teknik pengeringan yang disyorkan.

Teks penuh(2.17MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.