Pembangunan kiub kimchi segera

Category: Bil. 41

Noor Fadzlina Inche Zainal Abidin, Nur Intan Farina Sawal, Norzaleha Kassim, Nur Humaira Md Salleh dan Mohd Fakhri Hashim

Ringkasan
Kimchi merupakan hidangan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran yang ditapai seperti kubis Cina dan lobak putih yang dicampur dengan pelbagai bahan perisa termasuk serbuk cili, bawang putih, halia, daun bawang dan garam. Kimchi mempunyai rasa yang pedas, bau menyengat dan terkenal dengan sifat probiotiknya yang menyumbang kepada ciri-ciri makanan yang sihat. Penyimpanan kimchi yang betul adalah penting untuk mengekalkan rasa dan kualitinya selama mungkin. Sebaik sahaja kimchi dihasilkan, ia perlu disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk. Penyejukan melambatkan proses penapaian, membantu mengawet kimchi dan mengekalkan rasanya. Walau bagaimanapun, penyimpanan sejuk menyebabkan limitasi ke atas logistik dan pemasaran. Bagi menyelesaikan masalah ini, kiub kimchi segera dibangunkan oleh MARDI menggunakan teknologi pengeringan sejuk beku (lyophilization). Pengeringan sejuk beku adalah teknik pengawetan yang digunakan untuk menyingkirkan kandungan air daripada bahan yang mudah rosak, di samping mengekalkan struktur, rasa dan nutrien. Kandungan kelembapan kurang daripada 15% pada kiub kimchi segera ini membolehkan ia dibungkus dengan mudah untuk penyimpanan pada suhu bilik. Cara penyediaan yang mudah iaitu dengan hanya memasukkan kiub kimchi segera ini ke dalam air dan apabila kiub kimchi direhidrasi, ia mempunyai rupa dan tekstur yang hampir sama dengan kimchi segar dan boleh dihidangkan sebagai perisa bersama mi segera.

Teks penuh (1.64MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.