Pembangunan minuman kultur tembikai menggunakan kultur pemula campuran Lactobacilli sp. strain probiotik

Category: Bil. 41

Hazniza Adnan, Nur Baizura Sa’dom, Hasnisa Hashim, Nurzam Ezdiani Zakaria, Siah Watt Moey, Siti Nurathirah Abu Hassan, Zainon Mohd Shafie, Masniza Sairi dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Pembangunan produk minuman kultur dengan menggunakan puri tembikai dan campuran kultur bakteria strain probiotik dapat menambah nilai produk minuman tenusu berkultur. Produk minuman kultur tembikai merupakan produk minuman berfungsi yang berupaya membekalkan manfaat kesihatan daripada kandungan nutrisi puri tembikai. Selain itu, produk ini juga berupaya menjaga sistem imunisasi badan melalui aktiviti kultur probiotik. Produk ini didapati setanding dengan produk minuman kultur probiotik yang terdapat di pasaran. Formulasi dan kaedah pemprosesan produk minuman kultur tembikai telah berjaya dibangunkan di mana minuman ini mengandungi kultur bakteria yang tinggi sehingga log 11.41 CFU/mL dengan kandungan asid laktik 5.4% dan kandungan likopena 1.99 ?g/ mL pada minggu keempat penyimpanan. Penilaian mikrobiologi dan sensori menunjukkan minuman kultur tembikai selamat diminum dan boleh diterima pengguna dengan skor melebihi nilai 5 (suka) sehingga empat minggu penyimpanan pada suhu 4 °C. Pembangunan produk ini dijangka dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi dalam industri asas tani makanan.

Teks penuh (1.37MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.