Penghala Internet Tanpa Wayar (Wi-Fi) berkuasa solar untuk pertanian

Category: Bil. 42

Mohammad Aufa Mhd Bookeri, Yuhanawati Mat Yunus dan Wan Mohd Syafiq Wan Harun

Ringkasan
Kawasan pertanian lazimnya terletak di luar bandar, terputus grid kuasa dan kekurangan infrastruktur rangkaian Internet terutamanya di negara membangun. Ini merupakan halangan utama bagi petani untuk menggunakan teknologi IoT dalam pertanian. Penggunaan teknologi berpotensi untuk merevolusikan industri pertanian dengan membolehkan petani membuat keputusan berasaskan data yang mengoptimumkan hasil tanaman, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kemampanan. Secara amnya, pembangunan teknologi rangkaian tanpa wayar luar grid telah menjadi tumpuan pengeluar dan penyedia rangkaian Internet, namun ia tidak tersedia untuk diguna pakai oleh petani kecil khususnya di Malaysia. Artikel ini membentangkan reka bentuk dan pembangunan penghala tanpa wayar berkuasa solar untuk kegunaan pertanian dengan kos pembangunan yang rendah dan berpatutan untuk petani kecil. Penghala LTE 4G dengan slot kad sim digunakan sebagai sumber Internet utama untuk sistem. Peranti CPE luaran telah disediakan bagi memanjangkan dan menyediakan nod titik akses tanpa wayar untuk semua peranti IoT di lapangan bagi kawasan liputan yang lebih baik

Teks penuh (1.12MB)

 

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.