Perbandingan antara penggunaan sistem tenaga solar dengan sumber syarikat utiliti [Tenaga Nasional Berhad (TNB)] bagi penjimatan kos elektrik untuk sistem penyejukkan kandang dalam ladang tenusu berskala kecil

Category: Bil. 42

Azizi Ahmad Azmin, Mohd Hafiz Abd Wahab, Mohd Azri Azman, Mohamad Hifzan Rosali, Izuan Bahtiar Ab. Jalal dan Mohd Saufi Bastami

Ringkasan
Industri ternakan ruminan negara menghadapi cabaran besar akibat tekanan haba berikutan fenomena perubahan iklim yang semakin melampau. Keadaan ini memberi kesan kepada kesejahteraan dan produktiviti haiwan. Tekanan haba pada lembu tenusu menyebabkan pengurangan pengeluaran susu, prestasi reproduktif yang terganggu dan peningkatan kerentanan terhadap penyakit. Kaedah penyejukan konvensional seperti kipas, penyiram dan pad penyejuk menggunakan banyak tenaga terutamanya elektrik yang boleh menyebabkan peningkatan kos operasi ladang. Teknologi hijau, terutamanya tenaga solar, menawarkan alternatif yang mampan dan merupakan penyelesaian yang inovatif bagi mengurangkan impak kos penggunaan tenaga elektrik bagi operasi ladang tenusu. Artikel ini meneroka aplikasi tenaga solar sebagai salah satu teknologi hijau dalam menggerakkan industri tenusu, terutamanya pada skala kecil, melihat sejauh mana peranannya sebagai satu opsyen yang menjimatkan dalam mengurangkan tekanan haba pada ternakan ruminan.

Teks penuh (687KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.