Prestasi pertumbuhan, hasil dan komposisi nutrien daun pokok Moringa oleifera pada tempoh penuaian yang berbeza

Category: Bil. 42

Mohd Hafizzudin Ayob, Syahirah Md Yusuf, Nurul Akmal Che Aziz, Farahiyah Ilyana Jamaludin dan Ahmad Arif Ismail

Ringkasan
Kajian ini dilaksanakan untuk menilai komposisi nutrien, hasil daun dan prestasi pertumbuhan pokok Moringa oleifera terhadap tempoh penuaian yang berbeza iaitu pada hari ke-50, 70 dan 90. Komponen serat termasuk serat kasar, hemiselulosa, selulosa, NDF, ADF dan lignin menunjukkan perbezaan yang ketara dengan peningkatan tempoh penuaian. Kandungan serat kasar meningkat daripada 5.66% kepada 8.24%, hemiselulosa daripada 9.26% kepada 15.70%, selulosa daripada 1.47% kepada 7.63% dan lignin daripada 6.69% kepada 11.28%. Kandungan NDF dan ADF masing-masing menunjukkan peningkatan yang ketara daripada 17.41% kepada 34.61% dan daripada 8.15% kepada 18.91%. Selain itu, pertumbuhan pokok menunjukkan peningkatan linear positif dengan tempoh penuaian, namun hasil pengeluaran daun meningkat secara kuadratik negatif. Penuaian pada hari ke-70 mencatatkan hasil daun tertinggi, iaitu 152.99 g/pokok. Oleh itu, disyorkan penuaian dilakukan secara berkala setiap 70 hari untuk mendapatkan hasil daun yang tinggi dan kandungan nutrien yang optimum.

Teks penuh (1.96MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.