Penilaian keberkesanan teknologi pemprosesan tekanan tinggi untuk meningkatkan kualiti mikrobiologi dalam analog keju berasaskan tumbuhan

Category: Bil. 44

Raja Arief Deli Raja Nasharuddin, Aida Hamimi Ibrahim, Nur Ilida Mohamad, Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Mohd Izwan Mohd Lazim, Hafiz Aizat Yanan, Ahmad Huzairi Imam Musaniff, Norhida Arnieza Muhsin dan Nik Mohd Faiz Che Mohd Noor

Ringkasan
Penghasilan makanan berasaskan tumbuhan semakin meningkat di peringkat global termasuklah pasaran Asia Pasifik dan Eropah. Malaysia telah menggalakkan usaha inovasi dan pengkomersialan agromakanan berasaskan tumbuhan sebagai produk alternatif protein. Bagi tujuan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan teknologi pemprosesan tekanan tinggi (HPP) untuk meningkatkan kualiti mikrobiologi analog keju berasaskan tumbuhan. Berdasarkan hasil penilaian mikrobiologi, didapati analog keju berasaskan tumbuhan pada penyimpanan suhu sejuk dingin adalah selamat untuk dimakan melalui parameter HPP pada tekanan 6,000 Bar selama 6 minit. Produk analog keju ini menunjukkan bacaan yang memuaskan dari segi had kandungan mikroorganisma perosak dan patogen bawaan makanan. Menariknya, bakteria asid laktik didapati kekal selepas pemprosesan HPP. Penyelidikan ini menekankan kepentingan data tindak balas kajian mikrobiologi dalam validasi parameter optimum HPP bagi analog keju yang dihasilkan bagi menjamin keselamatan makanan serta menyokong pematuhan piawaian antarabangsa.

Teks penuh (652KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.