Pembangunan dan penilaian prestasi mesin penuai napier yang direka khas untuk penanaman napier secara dua baris

Category: Bil. 46

Adli Fikri Ahmad Sayuti, Hafidha Azmon, Rohazrin Abdul Rani, Noraznal Mohd Zainal, Muhammad Faisal Abu Bakar, Muhammad Hafizul Rahman Mohd Azizi, Haryani Hamazah, Mohamad Indrashahrin Baharin, Sharil Sharil Azwan Mohd Zain, Fakhrulisham Razali, Norlindawati A. Pateh, Aswanimiyuni Arshad dan Nurzillah Maliki

Ringkasan
Artikel ini menerangkan tentang pembangunan dan penilaian prestasi bagi prototaip mesin penuai napier yang direka khusus untuk sistem penanaman dua baris. Mesin ini dilengkapi dengan sistem trek getah, dua unit bilah gergaji berputar, serta sistem pencarik 12 bilah yang menghasilkan racikan halus dan seragam. Ujian di lapangan telah dijalankan di Stesen Penyelidikan MARDI, Kluang menggunakan reka bentuk rawak lengkap (RCBD) dengan dua kelajuan operasi (Gear 1 dan Gear 2) serta dua konfigurasi tanaman (satu baris dan dua baris). Hasil kajian menunjukkan Gear 2 mencatatkan masa penuaian yang lebih singkat dan kadar kerja lebih tinggi (0.13 ha/jam) berbanding dengan Gear 1 dan kaedah manual. Mesin ini juga meningkatkan hasil tuaian (sehingga 23,839.74 kg/ha bagi tanaman dua baris) dan hanya memerlukan seorang operator. Selain itu, kecekapan pemotongan serta reka bentuk yang adaptif membuktikan bahawa mesin ini berpotensi untuk dikomersialkan dalam sistem pengeluaran foraj ruminan secara moden di Malaysia.

Teks penuh (2.5MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.