Sistem mekanisasi pemprosesan kerisik kelapa

Category: Bil. 46

Badaruzzaman Mohamad Noh, Yahya Sahari, Mohamad Jani Saad, Mohd Shahrir Azizan,Hasmin Hakim Hasbullah,Sha’fie Alwi, Mohd Hafiz Mohamed Amin Tawakkal, Mohd Zaimi Zainol Abidin dan Azrul Abdul Sahak


Ringkasan
Artikel ini membincangkan pembangunan Sistem Mekanisasi Pemprosesan Kerisik oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, MARDI di Testbed MARDI Bagan Datok Perak. Mekanisasi pemprosesan kerisik bermula dengan penggunaan mesin patik untuk menghasilkan isi kelapa yang akan digunakan untuk memproses kelapa parut dengan menggunakan mesin parut kelapa. Kelapa parut akan dikeringkan menggunakan mesin pengering oven daripada kandungan kelembapan 50 – 55% (w.b) kepada kandungan kelembapan 10% (w.b). Seterusnya kelapa parut yang telah dikeringkan akan digoreng dengan mesin pemanggang sehingga mencapai kelembapan sekitar 2% (w.b). Proses seterus adalah mengisar kerisik dengan mesin pengisar dan dibungkus dengan mesin pembungkusan. Produk kerisik telah dianalisa saiz partikel dan warna (L, a, b) dengan menggunakan alat particle analyser dan chromameter.


Teks penuh (767KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.