Penggunaan kaedah simulasi suhu tinggi dan kemarau untuk menilai kesan fenomena El?Niño terhadap fisiologi pembungaan dan hasil padi

Category: Bil. 46

Fauzi Jumat dan Che Radziah Che Mohd Zain


Ringkasan
El?Niño ialah fenomena iklim global yang menyebabkan peningkatan suhu permukaan laut, kemarau berpanjangan dan tekanan haba yang memberi kesan serius kepada pertanian tropika seperti di Asia Tenggara. Di Malaysia, suhu meningkat secara konsisten dan rekod tertinggi dicatat pada 2015 – 2016 dengan suhu mencecah 40 °C. Simulasi suhu tinggi dan aruhan kemarau ini bertujuan menilai kesan tekanan suhu dan kekurangan air terhadap stigma, debunga, kadar fotosintesis dan hasil padi semasa fasa pembungaan. Kajian ini juga menjimatkan masa melalui simulasi yang menyerupai kesan sebenar El?Niño tanpa perlu menunggu kejadian sebenar berlaku. Menggunakan varieti MR 253, suhu 38 °C dan kemarau menunjukkan penurunan kebernasan debunga, degradasi stigma dan pengurangan hasil, terutamanya dalam kumpulan kemarau (1.10 t/ha). Penutupan stomata akibat kemarau turut menjejaskan fotosintesis. Secara keseluruhan, tegasan air lebih memudaratkan daripada tekanan haba, sekali gus menekankan keperluan varieti tahan stres serta strategi adaptasi dan mitigasi perubahan iklim dalam pengeluaran padi.

Teks penuh (950KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.