Pengesanan sisa baki racun perosak dalam air berdasarkan teknik suntikan terus Ultra High-Pressure Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (UHPLC-MS/MS)

Category: Bil. 47

Ngan Chai Keong, Mohammad Shahid Shahrun dan Jamaliah Jaafar

Ringkasan
Satu teknik suntikan terus sampel air ke dalam UHPLC-MS/MS untuk pengesanan sisa baki racun perosak telah dibangunkan dan diaplikasikan terhadap sampel air lapangan yang diambil dari parit buang di kawasan sawah di Kampung Selarong, Alor Setar, Kedah. Sisa baki racun kulat (azoxystrobin dan tebuconazole), racun serangga (imidacloprid dan isoprothiolane) dan racun rumpai (triclopyr) telah dikesan dalam julat 10 – 78 ng/mL atau ppb (part per billion). Kaedah ini yang tiada fasa pencerakinan adalah mudah, cepat dan menjimatkan sumber-sumber makmal dan telah menjadi kaedah pilihan makmal dalam analisis rutin sisa baki racun perosak dalam air.

Teks penuh (433KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.