Pengaruh produk cili kering terhadap kualiti fizikal serbuk cili
Hasmin Hakim Hasbullah, Yahya Sahari, Masniza Sairi, Teoh Chin Chuang, Ruwaida Abdul Wahid, Afiqah Aina Rahim, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Masniza Sairi, Faewati Abdul Karim, Ahmad Fadhlul Wafiq Abd Rahman, Sha’fie Alwi, Mohd Hafiz Mohamed Amin Tawakkal, Amir Redzuan Shamsulkamal, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Muhammad Aliq Jamaluddin dan Mohd Azmirredzuan Sani
Ringkasan
Artikel ini membincangkan kesan produk cili kering import dan produk cili kering tempatan yang dikeringkan menggunakan teknik pengeringan kabinet dan teknik pengeringan haba dipam terhadap kualiti fizikal serbuk cili, khususnya dari segi kandungan lembapan, nilai warna dan saiz partikel. Serbuk cili dihasilkan menggunakan mesin pengisar dengan tiga jenis penyaring (sieve) untuk mendapatkan serbuk yang mempunyai saiz partikel yang berbeza. Tujuan penggunaan penyaring berbeza adalah untuk menilai kesan penggunaan penyaring tersebut kepada ciri-ciri utama serbuk cili yang dihasilkan. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga penyaring tersebut menghasilkan serbuk cili yang berbeza kehalusannya. Hasilan serbuk cili yang dihasilkan juga menghasilkan nilai warna yang lebih cerah apabila serbuk cili yang dihasilkan semakin halus. Kesimpulannya, dicadangkan menggunakan penyaring bersaiz rendah untuk menghasilkan serbuk cili yang halus manakala dicadangkan menggunakan penyaring bersaiz besar untuk menghasilkan serbuk cili yang kasar. Kajian ini penting sebagai rujukan untuk pengusaha industri kecil dan sederhana yang berkecimpung dalam industri pemprosesan serbuk cili.
