Sambal nangka – Inovasi produk berasaskan nangka muda melalui teknologi retort

Category: Bil. 48

Koh Soo Peng, Aida Hamimi, Rosmawati Abdullah dan Roslina Ali

Ringkasan
Nangka merupakan buah tropika bernilai tinggi yang bukan sahaja mempunyai potensi komersial melalui jualan buah segar, tetapi juga melalui pembangunan produk hiliran berasaskan nangka muda. Pengeluaran nangka yang melebihi keperluan domestik menunjukkan ruang yang besar untuk industri pemprosesan dikembangkan, terutamanya bagi mengurangkan pembaziran nangka muda pada musim kemuncak. Inovasi seperti penghasilan sambal nangka membuka peluang baharu kepada pengusaha tempatan untuk mempelbagaikan produk berasaskan tanaman ini. Dengan formulasi yang menekankan cita rasa, kandungan serat yang tinggi serta penggunaan pembungkusan retort yang lebih bersih dan praktikal, sambal nangka bukan sahaja memenuhi kehendak pengguna moden, tetapi juga berpotensi menjadi pilihan alternatif yang lebih sihat kepada produk sambal berasaskan tumbuhan. Secara tidak langsung, perkembangan produk seperti sambal nangka dapat meningkatkan nilai tambah nangka muda, menyokong industri makanan vegan dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengusaha nangka tempatan. Kajian ini berjaya membangunkan produk inovasi sambal nangka muda dengan kandungan serat diet yang tinggi (12.7%) melalui proses retort (121 °C, F0 = 6) selama 15 minit menggunakan bahan pembungkus empat lapisan polietilena tereftalat/ aluminium/nilon/retortable casted polypropylene (PET/Al/Ny/RCPP). Produk sambal nangka ini stabil sehingga dua tahun penyimpanan pada suhu bilik.

Teks penuh (1.5MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.