Penggunaan batang kayu getah (log): Satu alternatif penanaman cendawan kukur

Category: Bil. 11

Khairul Asfamawi Khulidin, Ahmad Fuad Badrun, Mohd Irwani Hafiz Sahid, Hafiz Aizat Yanan,  Mohd Nizam Mohd Nizat, Mohd Hafiz Fikri Hazemi dan  Ahmad Safuan Bujang

Ringkasan

Penggunaan batang kayu getah sebagai medium pertumbuhan cendawan  merupakan satu alternatif menggantikan beg medium. Pertumbuhan  cendawan kukur menggunakan batang kayu getah didapati amat  sesuai sejajar dengan habitatnya yang sering dijumpai tumbuh meliar  pada batang kayu getah mereput. Kaedah yang dipraktikkan amat  mudah dan ringkas tanpa melibatkan penggunaan mesin besar dan  tidak melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Faktor pengawalan  serangan serangga dan haiwan perosak merupakan faktor utama yang  perlu dititikberatkan. Tanpa kawalan yang sempurna, pertumbuhan  cendawan kukur akan terencat. Walau bagaimanapun, teknik ini  merupakan kaedah permulaan yang mudah dan sesuai diguna pakai  oleh pengusaha cendawan kukur.

Teks Penuh (499 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.