Pemprosesan dan penentuan kos optimum bagi penghasilan produk bijirin sayuran segera kaya vitamin dan mineral untuk kesihatan geriatrik

Category: Bil. 35

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Zuwariah Ishak, Faridah Hussin dan Rawaida Rusli

Ringkasan
Satu kajian berkaitan pemprosesan dan penentuan kos optimum bagi penghasilan produk bijirin sayuran segera kaya vitamin dan mineral untuk kesihatan geriatrik telah dijalankan dengan menggunakan dua berat bahan mentah yang berbeza iaitu 14.5 kg dan 48.0 kg. Kajian telah dijalankan di Kilang Perintis Pemprosesan Makanan di Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan MARDI dengan menggunakan kemudahan dan fasiliti mesin sedia ada. Pemprosesan dilakukan dengan menggunakan tiga orang tenaga kerja terlatih. Keputusan daripada kedua-dua operasi pemprosesan menunjukkan peratus penukaran daripada bahan mentah kepada produk bijirin masing-masing ialah 44.5% (untuk 14.5 kg) dan 30.21% (untuk 48 kg). Jika dibuat perbandingan menyeluruh untuk pengeluaran produk bagi kedua-dua pemprosesan, iaitu kos penghasilan keseluruhan produk untuk sebulan yang merangkumi kos bahan mentah, utiliti dan kos tenaga kerja, didapati kos pengeluaran satu peket produk (15 g) dapat dijimatkan sehingga RM0.11 untuk setiap peket berdasarkan kos satu peket bagi 14.5 kg ialah RM1.18 dan bagi 48 kg pula ialah RM1.07. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan kilang perintis di Pusat FT berupaya memproses produk bijirin segera dengan kapasiti optimum bahan mentah sebanyak 48.0 kg dengan penggunaan mesin dan fasiliti minimum sedia ada

Teks penuh (0.98MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.